Thursday, July 14, 2011

Pencarian tayar kereta (jun 2011)

salam semua.. huhu.. lama sudah menyepi.. bukan apa sajer malas nak menulis.. kali ni saya nak share mengenai pencarian tayar kereta saya yang perlu diganti kerana dah nak hampir botak bunganya.. yang ni tayar belah belakang jer dua bijik.. so setelah puas mengambilkira banyak faktor2 seperti keadaan jalan dari rumah ke opis yang terpaksa mengharungi banyak selekoh ( dari Salak Tinggi ke Putrajaya melalui Jenderam Hilir) yang memerlukan tayar yang mempunyai sidewall yang keras. Tak lupa juga keadaan jalan raya di negara ini yang agak kurang kemas dan kadang2 berlubang serta yang paling utama sekali adalah bajet atau harga tayar itu sendiri..heheh.. kalau harga mahal sangat mana den mampu wehh!!... akhirnya telah menetapkan pendirian mahu angkat tayar brand Hankook.. made in Korea.. lebih detail lagi Hankook Evo V12 dengan saiz 195/55/15...

hasilnya pada hari Ahad 26 Jun 2011 maka terus la bergegas ke Klang kat area Jalan Kapar yang terkenal dengan tayar murah2..hehe.. jalan-jalan cuci mata.. terus singgah satu kedai tu untuk tanya harga tayar.. ada la sorang brader pekerja kedai tu tegur.. dia quote RM215 sebijik.. kalau dua bijik RM430 siap pasang.. dipendekkan cerita jadi la beli dengan jumlah RM450 siap pasang bagi 2 biji tayar dengan tukar valve steel RM10 satu...

lepas pasang terus la meronda-ronda kat umah kakak kat kampung Delek Kanan, Klang.. so far tayar ni rasa lebih senyap skit mungkin sebab bunga masih baru lagi..hehe.. lalu kat lopak air pun rasa stabil jer.. sesuai la dengan tayar yang dikategorikan sebagai A tu..

so sekarang ni tengah tunggu tayar depan plak yang nak botak dan akan diganti baru.. kali ni plan nak nak try pulak brand Michelin Pilot Sport 3 (PS3) yang hebat diperkatakan itu.. dengarnya antara top rated semasa pengujian di UK tu.. tapi dah tanya kedai dan harganya agak mahal sikit... RM250 sebijik dengan saiz 195/55/15 tu.. takpe kena try dulu la baru boleh komen nanti...hehe... sehingga masa tu i reserve my comment... c u then...

Monday, May 30, 2011

ziarah ke tanah suci.. kota madinah.. (part 2)

Alhamdulillah.. dapat juga saya menunaikan solat subuh berjamaah buat pertama kali di Masjid Nabawi yang diberkati ini pada tanggal 24 April 2009.. yang juga merupakan penghulu segala hari.. di masjid yang kedua dimuliakan di dunia selepas Masjidil Haram.. gambar di atas dan di bawah adalah sebahagian pemandangan waktu terbit fajar selepas saya selesai menunaikan solat subuh.. sungguh tenang dan tenteram hati ini rasanya.. dengan cuaca yang nyaman dan segar...  serta keterikan cahaya matahari yang masih lembut menyapa pipi.. huhu memang terbaekk laa!!!.. miss it so much!..

saya juga mengambil kesempatan untuk berjalan mengelilingi masjid ini.. secara keseluruhannya saiz tapak masjid ini tidak la besar sangat .. rasa-rasanya luas tapak dalam 1000 meter x 1500 meter kot (yang ni agak2 je sebab tak ukur secara bersungguh2..hehe).. nanti kena recheck and recalculate semula ye... pada masa ini terdapat beberapa bahagian masjid ini dalam proses pembaikan maka saya tidak dapat la nak pusing keliling sampai lengkap satu pusingan 360 darjah.. memadai hanya sempat dengan sebahagian pusingan saja..


terdapat beberapa pintu utama untuk masuk ke dalam masjid yang mulia ni.. ada yang khas untuk muslimin (lelaki) dan ada yang khas untuk muslimah (wanita).. saya biasanya masuk dekat pintu yang paling hampir dari hotel penginapan saya..apa nama hotel tu ye lupa lak..huuu...saya pun tak ingat apa nama pintu tu sebab main terjah jer...heheh... rupanya kat sini tiap2 pintu masuk tu ada namanya tau...

perkara pertama yang saya telah diingati oleh rakan2 yang pernah ke sini adalah berkenaan selipar... selipar kena dimasukkan ke dalam plastik dan dimasukkan ke dalam beg galas kecil dan kena dibawa bersama-sama masuk ke dalam masjid... sebabnya, kalau tinggalkan kat tepi pintu nanti belum tentu kita akan keluar dari pintu yang sama.. lagipun ada beribu-ribu jemaah yang datang solat serentak pada satu2 masa... memang crowded giler la.. maka belum tentu kita boleh jumpa selipar kita tadi  dalam longgokkan selipar yang bersepah kat luar tu...heheh


gambar di atas merupakan pemandangan selepas selesai solat jumaat berjemaah pada 24 April 2009...
*(kelihatan saudara shahnaz di penjuru kanan bawah gambar dengan memakai kopiah putih... apa lah yang dia fikirkan agaknya ye? huhu)*.. Alhamdulillah.. dapat solat di dalam masjid sebab telah mendengar nasihat untuk datang awal oleh rakan2....  kalau tak terpaksa la solat kat luar dengan cuaca yang agak panas.. bila keluar dari masjid keadaan sangat silau bila cahaya matahari dibias oleh hamparan lantai yang diperbuat dari batu marmar (agaknya la).. sampaikan nak buka mata pun susah sebab terlalu silau.. terpaksa mengecilkan mata yang dah sememangnya kecil ini...hehehe.. akhirnya dapat jugak keluar dari perkarangan masjid dengan jayanya... 


kelihatan gambar di atas adalah payung gergasi yang boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan.. biasanya saya tengok payung ni bukak pada waktu siang jer.. dapat la ia membantu jemaah mengelakkan dari panahan terik cahaya matahari.. tapi agak musykil dengan design dia yang seperti bunga..kalau hujan tak bertakung ke air tu? ke mana air tu pergi agaknya? mungkinkah kat tengah tu ada lubang air kot???.. kena tanya kawan2 engineer la lepas ni..hehehe

seterusnya saya bersama saudara shanaz terus berkeliaran di luar masjid untuk melihat pemandangan dan aktiviti masyarakat tempatan di waktu petang sambil mencari-cari cenderahati untuk di bawa pulang..(rasanya tak beli apa pun masa tu..heheh).. terdapat banyak peniaga kecil-kecilan tidak ubah seperti peniaga pasar malam di Malaysia.. kebanyakan di sini menjual barang-barang makanan dan makanan ringan seperti kacang dan sebagainya.. rasanya makanan ringan terutamanya kacang atau kismis nampak lebih elok kualitinya yang disini kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di kawasan Masjidil Haram ( ini pandangan peribadi saya jer ok)...


update..(30 mei 2011)

Wednesday, May 25, 2011

ziarah ke tanah suci.. bukit uhud..(part 4)

sambungan... jabal uhud atau lebih dikenali sebagai bukit uhud.. di mana berlakunya salah satu peristiwa peperangan hebat pada zaman Rasulullah dan sentiasa menjadi peringatan dan pengajaran kepada umat islam masa kini.. kami telah berpeluang untuk menziarahi bukit ini.. terdapat banyak penjual berjubah hitam di sepanjang lereng bukit sehingga ke puncak..dan terutamanya sangat ramai di bawah bukit yang menjual barangan2 cenderamata seperti tasbih dan kopiah.. terdapat juga sebuah masjid didirikan di bawah bukit buat pengunjung berehat dan menunaikan kewajipan masing-masing..


..dan tempat yang pastinya akan dijenguk sebentar adalah perkuburan para syahid perang uhud.. perkuburan ini terletak di bawah bukit uhud dengan dipagari oleh konkrit dan jaringan besi.. saya terpaku sejenak melihat perkuburan tanpa batu nisan ini.. yang di dalamnya bersemadi tulang belulang (mungkin ada tulang lagi kah selepas beribu tahun lalu?) para pejuang islam yang terkorban.. hati merasa sayu.. para sahabat ini pasti akan ke syurga dan kini sedang dibuai tidur yang lena dan damai.. bagaimanakah nasib diri ini kelak? syurga atau ke neraka?.. lantas tertunduk melihat tanah sambil mengenang dosa2 silam yang lalu..uhuk2..

dan satu perkara yang membuat diri ini tersenyum kecil sebelum meninggalkan bukit uhud ini.. papan peringatan/tanda dengan bahasa melayu seperti di atas.. ada terdapat di tanah arab yang tandus ini...sambil tersenyum dan perlahan-lahan membaca di dalam hati setiap patah perkataan yang di tulis rapi.. semoga para syahid di sini tenang dalam rahmatNya...al-fatihah..amin..  .

Tuesday, May 24, 2011

ziarah ke tanah suci.. memori 2009..(part 1)


salam..hai... lama dah saya menyepi.. bukan apa dalam proses menyesuaikan diri di tempat baru.. kena la mengurangkan aktiviti blogging ini..hehe.. by the way kali ini saya ingin berkongsi mengenai lawatan saya ke tanah suci Mekah dan Madinah yang lalu.. tahun 2009..  23 april hingga 5 may 2009.. ya memang sudah lama.. sangat lama peristiwa ini.. tapi saya perlu menulis juga kerana ini merupakan perjalanan saya kali pertama ke luar negara dengan menaiki kapal terbang... sungguh mengujakan..


berkumpul di KLIA pada waktu tengah hari.. 23 April 2009.. sebelum menerima passport dan visa seterusnya menaiki penerbangan Saudi Air ke Jeddah... dengan seramai lebih kurang 20 lebih kumpulan kali ini.. semua nampak ceria dan bersemangat sekali..


ini menu di dalam kapal terbang berkenaan.. mintak maaf la gambar di ambil selepas selesai sesi  "melahap"... hehe.. agak 'huru-hara' disitu...hehe.. penerbangan mengambil masa lebih kurang 9 jam non-stop.. (tiada RNR di atas awan yer).. dengan kelajuan purata 844km sejam.. fuhhh!!

gambar bersama rakan baik di dalam penerbangan yang turut bersama rombongan kali ini..saudara shahnaz bin zahir yang juga merupakan pemilik blog abuwafi98.wordpress.com.. beliau juga merupakan "pencetus" kepada saya untuk turut serta melakukan misi ini.. tanpa inisiatif beliau mungkin saya masih belum lagi sampai ke tanah suci yang diberkati  itu..

Tiba di Jeddah pada waktu Maghrib waktu di sana.. terus bergegas mengambil barang dan beg untuk menaiki bas ke Madinah al Munawwarah.. satu perjalanan yang agak jauh.. sempat singgah sebentar di beberapa kawasan rehat untuk mendapatkan udara segar dan makanan..

Tiba di hotel di Madinah seterusnya check in dan berehat sementara menunggu waktu solat Subuh.. next entry boleh rujuk "ziarah ke tanah suci.. Kota Madinah (part 2)" untuk sambungan yang ini.... entry saya berkenaan ziarah ke tanah suci ini saya tidak buat sekali gus.. saya akan buat secara sedikit demi sedikit atau part by part.. sebabnya ada beberapa perkara yang saya dah lupa ataupun perlu recall semula.. mana perkara yang saya masih ingat itu lah yang saya akan publish dulu...hehe..  so kena banyak bersabar la yer.. cerita 2 tahun lepas mana la ingat sangat... moral of the story.. i'm not young anymore!...huhu (30 mei 2011)

apakan daya...


inginku petik bintang di langit
apakan daya tangan tak sampai

inginku terbang di awan tinggi
apakan daya sayap tiada

inginku selami lautan dalam
apakan daya aku mamalia berdarah panas tidak berinsang

hanya mampu melihat dari kejauhan
pasrah dan redha atas kurniaanNya


nota:

sebenarnya puisi/sajak ini sering bermain di fikiran saya sudah lama dahulu.. tak tau sama ada ia saya perolehi melalui pembacaan yang telah sedia ada atau dihasilkan oleh mainan perasaan saya sendiri.. ia berlaku sebelum saya ditukarkan ditempat kerja baru ini pada 2 Mei 2011..

 ini terhasil dari cetusan, keluhan dan rintihan hati saya akibat menghadapi tekanan untuk menghadapi karenah ketua yang sungguh "memenatkan minda"..hehe.. saya didera secara mental di mana ia telah mengubah sebahagian personaliti saya menjadi seorang yang amat pendiam dan patuh..  yess boss syndrome!!.. hehe

rasanya semua rakan sekerja saya pada tempoh 1 Februari 2007 hingga 1 mei 2011 dapat menyedari perkara ini..hehe.. dan kini saya cuba kembali untuk menjadi seorang sahabat yang lebih ceria dan bersemangat... yaahhhhuuuuuu!!!!!!hahaha..

Saturday, February 26, 2011

my new ride...

ahah!.. inilah moto kapcai terbaru saya.. jenisnya Yamaha LC 135cc.. baru beli bulan Ogos 2010 lalu.. kalau nak kira ni lah moto saya yang ketiga.. Moto first adalah Yamaha Cub 80cc tahun 1992, warna meroon, plat dia BDR 3192.. rasanya la kalau tak silap...dah lama sangat..lupa...  moto kedua pulak masa study kat shah alam dulu adalah jenis Honda EX5 tahun 1996, warna biru, plat BEV 4741. Moto yang first tu dah selamat dijual sementara yang kedua tu masih lagi ada dikampung.. masih mampu digunakan dan masih berjasa lagi tuh.. honda EX5 memang the best kapcai la.. superb performance..

rasanya moto yang ketiga ni akan bertahan lama lagi sebelum nak kena jual.... mana taknya dah dekat 6 bulan beli pun mileage dia masih lagi bawah 300km..hehehe... hanya bergerak time weekend jer...jalan-jalan cari makan angin area taman perumahan dengan bawak pi kedai runcit jer.. sebenarnya teringin gak nak bawak moto ni ke opis..  tapi asal nak bawak ke opis je mesti hujan.. pastu asal hujan je mesti nak bawak ke opis..hehe

no plat moto ni terpaksa dirahsiakan di atas faktor2 keselamatan tuannya..hehe.. tapi plat awal dia adalah BKX.... plat Selangor sbb beli kat Selangor hehe.. masa baru beli hari tu mintak kedai tu tambah stabilizer bar dekat fork depan.. kononnya untuk lebih stabil time layan corner.. pastu tambah cover radiator bagi menghalang batu2 besar dari merosakkannya.. yang lain tak ingat dah buat apa.. tapi seperti yang semua sedia maklum.. moto jenis ni mmg "panas" di pasaran gelap sekarang.. so mmg kalau bawak keluar tu siap segala mak bapak lock dan mangga kena bawak jugak.. takut 'lesap' je nanti.. nangis beb..huhu

test ride moto ni mmg sedap terutama bila layan corner.. rasa melekat je tayar tu dgn jalan.. cuma kuasa yang diharapkan dari 135cc tu masih tak terasa lagi.. gear 1 sampai gear 3 senang je nak enggage tapi gear 4 agak keras skit.. mungkin belum habis pantang lagik kot.. so kena tunggu la dulu lepas pantang dia.. baru boleh layan full trottle.. dan dengar cerita dari kawan2 juga moto ni dah di down grade performance nya oleh kerajaan sebab terlalu laju dan banyak terlibat dengan kemalangan.. entah la..

so lepas abis pantang nanti maybe akan diupdate lagi status prestasi moto ini ... kena test drive ke Kuala Gandah or Karak Highway la kot baru best nak komen...

Thursday, January 13, 2011

kucing comel yang kesian..

kucing kiut.... kucing ni saya tangkap gambar dia masa tengah makan kat kedai makan area Seri Kembangan. kedai kat belakang Pasar Borong Selangor tu... mula2 tak perasan sangat kucing ni... ingat kucing biasa2 jalanan yang merempat di jalan..( mungkin kena buang oleh tuannya atau emak kucing tu malas nak jaga anak dia). bila tengok betul2 rupanya kucing ni comel sangatttt!!!.  ekor dia kembang pastu bulu dia bersih dan panjang... rasanya ada yang bela dia.. pandai dia posing masa ni.. so natural..

tiba-tiba terasa insaf sekejap.. kucing yang comel mcm ni pun terpaksa merayu untuk mencari sesuap makanan buat mengalas perut.. apatah lagi kalau kucing yang tak berapa chumel yang lain... mesti lagi susah nak menggoda manusia untuk mendapatkan belas ihsan kan?..hehe


akhir kata..(ewah mcm buat speech plak..haha).. kita kena sentiasa bersyukur atas nikmatNYA sebab kita tak akan tahu apa nasib yang akan menimpa kita kemudian.. sekarang mungkin kita sihat dan banyak duit untuk cari makan tapi apa yang kemudian berlaku esok kan...