ahah!.. inilah moto kapcai terbaru saya.. jenisnya Yamaha LC 135cc.. baru beli bulan Ogos 2010 lalu.. kalau nak kira ni lah moto saya yang ketiga.. Moto first adalah Yamaha Cub 80cc tahun 1992, warna meroon, plat dia BDR 3192.. rasanya la kalau tak silap...dah lama sangat..lupa... moto kedua pulak masa study kat shah alam dulu adalah jenis Honda EX5 tahun 1996, warna biru, plat BEV 4741. Moto yang first tu dah selamat dijual sementara yang kedua tu masih lagi ada dikampung.. masih mampu digunakan dan masih berjasa lagi tuh.. honda EX5 memang the best kapcai la.. superb performance..
rasanya moto yang ketiga ni akan bertahan lama lagi sebelum nak kena jual.... mana taknya dah dekat 6 bulan beli pun mileage dia masih lagi bawah 300km..hehehe... hanya bergerak time weekend jer...jalan-jalan cari makan angin area taman perumahan dengan bawak pi kedai runcit jer.. sebenarnya teringin gak nak bawak moto ni ke opis.. tapi asal nak bawak ke opis je mesti hujan.. pastu asal hujan je mesti nak bawak ke opis..hehe
no plat moto ni terpaksa dirahsiakan di atas faktor2 keselamatan tuannya..hehe.. tapi plat awal dia adalah BKX.... plat Selangor sbb beli kat Selangor hehe.. masa baru beli hari tu mintak kedai tu tambah stabilizer bar dekat fork depan.. kononnya untuk lebih stabil time layan corner.. pastu tambah cover radiator bagi menghalang batu2 besar dari merosakkannya.. yang lain tak ingat dah buat apa.. tapi seperti yang semua sedia maklum.. moto jenis ni mmg "panas" di pasaran gelap sekarang.. so mmg kalau bawak keluar tu siap segala mak bapak lock dan mangga kena bawak jugak.. takut 'lesap' je nanti.. nangis beb..huhu
test ride moto ni mmg sedap terutama bila layan corner.. rasa melekat je tayar tu dgn jalan.. cuma kuasa yang diharapkan dari 135cc tu masih tak terasa lagi.. gear 1 sampai gear 3 senang je nak enggage tapi gear 4 agak keras skit.. mungkin belum habis pantang lagik kot.. so kena tunggu la dulu lepas pantang dia.. baru boleh layan full trottle.. dan dengar cerita dari kawan2 juga moto ni dah di down grade performance nya oleh kerajaan sebab terlalu laju dan banyak terlibat dengan kemalangan.. entah la..
so lepas abis pantang nanti maybe akan diupdate lagi status prestasi moto ini ... kena test drive ke Kuala Gandah or Karak Highway la kot baru best nak komen...